Kepedulian LaundryBar terhadap masyarakat diteruskan. Kali ini team LaundryBar Kasih berjaya menyantuni mangsa banjir di Padang Jawa, Shah Alam semalam. Sebanyak RM10,000 bajet diperuntukkan untuk melaksanakan agihan bantuan berbentuk keperluan asas kepada keluarga yang terlibat.
Terima kasih kepada semua sukarelawan menjayakan misi kemanusiaan ini. Kami berharap sumbangan kecil ini mampu memberi sinar harapan kepada mangsa memerlukan.
“π²πππ πͺππππ π³ππππ π΄πππ πΌππππ π¨ππ
π”


