PROGRAM CSR UITM X SK SUNGAI LUI

LAUNDRYBAR KASIH: MISI ILMU DI SK SUNGAI LUI, SELANGOR

Di LaundryBar, kami percaya bahawa setiap impian besar bermula dengan persediaan yang sempurna. 📚✨

Melalui inisiatif CSR LaundryBar Kasih, kami dengan sukacitanya mengukuhkan sinergi bersama UiTM bagi menyampaikan sumbangan set alat tulis serta kelengkapan keperluan belajar khas buat para pelajar SK Sungai Lui.

Sebagai penaja utama bagi program ini, matlamat kami adalah untuk memastikan setiap murid mempunyai “Alat” yang cukup untuk ke sekolah, sekali gus menyuntik motivasi dalam diri mereka untuk terus melakar kecemerlangan.

Bersama-sama, kita mudahkan urusan pendidikan mereka demi masa depan yang lebih cerah.

LaundryBar: Kami Cipta Lebih Masa Untuk Anda
#LaundryBarKasih #LaundryBar #CSR