

🎬 LaundryBar Movie Night 2026: That’s a Wrap! 🍿
Masih belum move on lagi dengan kemeriahan 7 Februari lepas! Memang luar biasa tengok semua warga LaundryBar bertukar jadi bintang filem malam tu. Aura dia lain macam, semua dah macam pelakon A-List Hollywood!
Tahun ini sebenarnya cukup simbolik buat kita semua. Siapa sangka, bermula dari langkah pertama City Coin Laundry Sdn. Bhd. pada tahun 2013, kini kita sudah berdiri gah selama 13 tahun dalam industri! Daripada satu cawangan kecil, kini kita sudah menjadi “Blockbuster” dalam dunia dobi layan diri Asia Tenggara. 🏆🌍
Terima kasih yang tak terhingga buat barisan VIP yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis. Kehadiran tuan/puan benar-benar menaikkan seri malam penuh gemerlap ini. Tahniah juga buat para “Superstar” yang membawa pulang anugerah kecemerlangan dan hadiah lucky draw yang gempak-gempak. Rezeki korang memang padu tahun ni! 🎁✨
Terima kasih keluarga besar LaundryBar untuk memori indah ni. Jom kita bawa semangat kejayaan 13 tahun ini untuk terus terbang lebih tinggi sepanjang 2026! 🚀🔥





