BERITA TERKINI…
VILLA PUTRA, SUNGAI BULOH ( 5 MARCH 2019) – Laundrybar Rangers bersama Puan Tisya dan seorang rakan beliau bekerjasama mencuci telekung2 yang diambil dari Surau Hospital Sungai Buloh dan Masjid Hospital Sungai Buloh di Laundrybar Mega Store Villa Putra.
Puan Tisya juga merupakan seorang peniaga nasi ayam golek madu dihadapan Masjid Hospital Sungai Buloh. Membasuh telekung merupakan aktiviti rutin setiap minggu bagi Puan Tisya. Kebiasaannya telekung tersebut dibasuh di rumahΒ sahaja tetapi disebabkan mesin basuh beliau rosak, beliau terpaksa cuci di laundry layan diri.
Beberapa minggu lepas, kebetulan Laundrybar Rangers terjumpa Puan Tisya membawa telekung yang banyak di Laundrybar Villa Putra, lantas Laundrybar Rangers bertanya kepada beliau. Dan hasilnya hari ini Laundrybar Rangers turut bersama Puan Tisya mencuci telekung2 tersebut. Moga rezki Puan Tisya bertambah….
LAUNDRYBAR, DOBI LAYAN DIRI MESRA PENGGUNA.