CSR SWEET CARE HOME SELAYANG

CSR SWEET CARE HOME SELAYANG

Kerana sekecil-kecil pemberian, mampu melakar sebesar-besar senyuman. 🀝

Team LaundryBar baru sahaja melengkapkan misi bantuan di Persatuan Kebajikan Sweet Care Malaysia, Selayang. Bagi kami, turun padang menyantuni masyarakat bukan sekadar satu program, malah ia adalah tanggungjawab dan komitmen berterusan untuk menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan.

Misi kali ini dizahirkan melalui penyerahan sumbangan barangan keperluan harian serta bekalan bahan pencuci bagi menyokong pengurusan harian di pusat kebajikan tersebut. Kami percaya bahawa setiap sokongan yang diberikan adalah pelaburan untuk keselesaan dan kesejahteraan para penghuni di sana.
Setinggi-tinggi penghargaan buat para pelanggan setia kami. Tanpa sokongan padu anda selama ini, tidak mungkin LaundryBar mampu melangkah sejauh ini untuk berkongsi rezeki dan menyebarkan kasih sayang melalui inisiatif sebegini.

Terima kasih kerana sentiasa bersama kami dalam membawa sinar kegembiraan buat warga Sweet Care. 🧺✨

#laundrybarkasih #LaundryBarPrihatin #CSR