LAUNDRYBAR CSR : PROGRAM BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASAS (FOOD BANK) -COVID-19

LAUNDRYBAR CSR : PROGRAM BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASAS (FOOD BANK) -COVID-19

PROGRAM BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASAS (COVID-19 PKP 3.0)

 

Sungai Buloh – Bantuan “FOOD-BANK” yang digerakkan di DUN PAYA JARAS oleh PERSATUAN KEBAJIKAN RAKYAT SUNGAI BULOH mendapat perhatian LAUNDRYBAR. Kami di LAUNDRYBAR mengambil inisiatif untuk turun bersama PERSATUAN KEBAJIKAN RAKYAT SUNGAI BULOH anjuran JKP Zon 22 MPS, bagi menyalurkan bantuan sumbangan barangan keperluan asas kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri ini. Segala barangan keperluan makanan seperti beras, minyak masak, gula, makanan tin, biskut serta beg LAUNDRYBAR telah dihantar oleh team kami pada petang kelmarin (19 Julai 2021) di pejabat urusan persatuan.

 

Kepada penduduk sekitar yang memerlukan bantuan, anda dialu-alukan untuk mengambil barangan keperluan asas di lokasi berikut:

Alamat:

PEJABAT URUSAN PERSATUAN KEBAJIKAN RAKYAT SUNGAI BULOH.

Lot 64559 Jalan SB Jaya 14 Sg. Buloh

Atau

 

Klik disini untuk penggunaan aplikasi Google Maps (https://goo.gl/maps/wbayXVi688vwJZ3x7)

 

Pihak LAUNDRYBAR mengucapkan jutaan terima kasih buat PERSATUAN KEBAJIKAN RAKYAT SUNGAI BULOH atas hasil kerjasama dalam program bantuan ini. Kami berharap agar program seperti ini sedikit-sebanyak mampu mengubah nasib rakyat yang terkesan pada waktu ini.

 

“BANTUAN KEMANUSIAAN COVID”

#KitaJagaKita #KitalahMalaysia #KitaPastiMenang