LAUNDRYBAR RANGERS KE KUALA TERENGGANU

LAUNDRYBAR RANGERS KE KUALA TERENGGANU

Min nak share tentang aktiviti terkini LaundryBar Rangers. Hari ini mereka ke Kuala Terengganu bagi menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan seperti Beras, minyak masak dan sebagainya kpd mangsa banjir.
Bantuan ini disampaikan dgn kerjasama daripada APM Terengganu.
Cerita semalam…
LaundryBar Rangers ke Terengganu di dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara SK Pasir Puteh Merchang Marang. Bantuan tersebut berupa barangan keperluan asas yang telah disampaikan melalui APM Negeri Terengganu yang bertindak sebagai sekretariat pengurusan bencana dan penyelaras bantuan kepada mangsa bencana.
.
LaundryBar memberi tabik hormat kepada pasukan APM Negeri Terengganu yang telah memainkan peranan penting bersama pasukan Polis, JKR, JPS dan NADMA yang menjadi tunggak utama apabila berlaku bencana banjir. Mereka telah menjalankan tugas yang murni demi keselamatan masyarakat. LaundryBar Rangers sempat di bawa melawat ke Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu.
.
Turut bersama menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir ialah YB Ustaz Ariffin (Exco Pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Maklumat), YB Ustaz Sulaiman Bin Sulong (ADUN Pengkalan Berangan), Tn Hj. Mat Azmi Bin Arsyad (Pegawai Daerah Marang) dan Lt. Kol. (PA) Che Adam Bin Rahman (Pengarah APM Negeri Terengganu)
.
Semoga mangsa banjir cepat pulang ke rumah masing2 dengan segera dan selamat.