

Misi selesai dengan penuh syukur. Semua pakaian mangsa kebakaran di Putra Heights telah siap dicuci, dikeringkan dan dikembalikan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights.
Wajah-wajah yang tersenyum menerima pakaian bersih adalah semangat buat kami untuk terus berbakti. Terima kasih kepada semua yang terlibat β dari team LaundryBar hingga komuniti yang sentiasa memberi sokongan.
Kami di LaundryBar percaya bahawa dalam saat sukar, setiap bantuan kecil membawa erti besar. Semoga sedikit usaha ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan.