Tanpa tunai atau lebih mesra disebut “cashless” oleh masyarakat kini adalah satu perkara yang biasa malah ianya digunakan secara meluas kerana ciri dan kegunaannya yang memudahkan dan cepat untuk urusan seharian. Juga tidak ketinggalan, kini LaundryBar telah melancarkan sistem tanpa tunai yang dikenali sebagai E-Cuci dan E-Kering sekaligus menjadikan Laundrybar adalah dobi pertama yang menyediakan sistem pembayaran tanpa tunai yang berinovatif di Malaysia.
Sistem baharu itu membolehkan pelanggan mengimbas dan membuat pembayaran untuk setiap cucian yang dibuat. Sistem E-Cuci dan E-Kering ini menjadikan cucian lebih mudah berbanding sebelum ini. Tiada lagi meraba-raba duit syiling atau menunggu dalam barisan di ATM. Hanya imbas dan bayar. Sistem tanpa tunai ini direka untuk memudahkan proses mendobi. Pelanggan boleh memulakan kitaran basuh atau keringkan dalam beberapa saat dengan mengimbas kod QR pada skrin paparan mesin.
“Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman dobi dan menjimatkan masa pelanggan yang juga sejajar dengan slogan kami iaitu “Laundrybar cipta lebih masa untuk anda” kata Paul, Ketua Pegawai Eksekutif LaundryBar.
E-Cuci dan E-Kering menawarkan akses 24/7, jadi pelanggan boleh mencuci pakaian pada bila-bila masa yang sesuai mengikut jadual masa pilihan pelanggan. Bukan sahaja dapat menjimatkan masa, sistem baharu ini juga dicirikan dengan sistem keselamatan yang tinggi serta sangat memberi kemudahan kepada pelanggan. Tak perlu muat turun aplikasi atau mendaftar, ianya hanya semudah imbas dan bayar.
E-Cuci dan E-Kering juga sebenarnya memberi manfaat kepada francaisi Laundrybar. Sistem ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan pengendalian tunai dan meningkatkan kecekapan operasi. Ia juga dapat mengumpul data berharga untuk membantu francaisi lebih memahami tingkah laku pelanggan dan membuat keputusan perniagaan yang lebih terperinci. Sistem tanpa tunai ini adalah contoh terkini bagaimana Laundrybar memanfaatkan teknologi dan terus menjadi syarikat dobi yang berinovatif. Kini, E-Cuci dan E-Kering tersedia di Jentayu dan Pandak Mayah, Langkawi dan berhasrat dapat mengembangkan sistem baharunya di semua outletnya. Laundrybar diasaskan pada tahun 2013 dan sejak itu telah berkembang menjadi lebih 700 kedai di seluruh negara Asia Tenggara. Laundrybar komited untuk menyediakan penyelesaian dobi yang inovatif dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
LaundryBar berharap dengan adanya sistem baharu ini akan mewujudkan lebih banyak masa untuk pelanggan melalui penyelesaian dobi yang cekap dan inovatif sekaligus menjadikan mencuci pakaian di dobi adalah pengalaman yang menyeronokkan. Laundrybar akan terus menyediakan perkhidmatan pencuci profesional, pengering dan dobi menggunakan kemudahan terkini.