video – Rangers – Pakcik Madzir

video – Rangers – Pakcik Madzir

Selamat pagi sahabat Laundrybar…

Sedikit coretan buat semua..

Pada 22 Jun 2019 Team Rangers telah menjalankan aktiviti di Pandan Sejahtera Kuantan untuk majlis pembukaan outlet terbaru Laundrybar.

Selepas aktiviti habis dijalankan, Team Rangers berjalan di Bandar Kuantan dengan hajatnya nak mencari kedai makan.

Ketika berada di Bandar Kuantan, Team Rangers telah terserempak dengan seorang pakcik yang sedang menjual kerepek di hadapan sebuah bank. Cuaca ketika itu sedang hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Rase risau dan sedih melihat seorang pakcik tua masih lagi mencari rezeki pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca tidak baik.

Kami mendekati pakcik itu dan ingin membantu apa yang perlu. Kami berkenalan dengan pakcik Madzir yang berumur 83 tahun. Setelah mendengar serba sedikit cerita dari Pakcik Madzir, kami mengambil keputusan untuk membeli kesemua kerepek yang di jualnya dan memberi lebihan wang untuk perbelanjaan Pakcik Madzir, dapat lah Pakcik Madzir balik awal malam tu… Syukur..

Keesokkan harinya, Team Rangers telah edarkan kerepek yang di beli semalam secara percuma kepada orang ramai yang lalu lalang di hadapan bank tersebut.

Diharap kepada warga Kuantan yang bermurah hati, akan membeli kerepek-kerepek yang di jual oleh Pakcik Madzir bagi membantu kebelangsungan hidup.

Kami berdoa agar Pakcik Madzir sentiasa sihat selalu dan di murahkan rezeki.

Kegembiraan tidak boleh dibeli tetapi boleh diberi… Bantu kami membantu mereka…